Sunday, March 11, 2012

Sahabat yang hilang....

Dahulu kala....(wah! kelaz ayat aku..) aku berkenalan dengan seorang yang cukup baik. Member atas member la kaedahnya... Dengan nama panggilan S (bukan nama sebenar..huhuu..), aku cukup rapat dengan dia. Dia banyak bagi aku semangat dan nasihat disaat2 aku dilanda musibah mahupun dugaan.

Perkenalan kami berlarutan panjang hingga dia dapat menyatukan aku dengan seorang yang cukup aku sayang (M). Perkenalan bersama S juga banyak menzahirkan bibit suka duka antara aku,M dan S. Kekadang tiap2 kali kami berkumpul, ade saje plan nak kemana2....
Air terjun, main bowling, karaoke dan macam2 lagi.... Aku pula suka sangat jalan2 KL time malam2. Si S dan M la yang sering kali tunaikan keinginan aku...Bertuah akuuu....

Tapi... setahun kebelakangan ni S banyak berubah. Persahabatan kami jadi hambar dan tenggelam. S langsung tak berhubung ngan aku n M lagi...Sepi macam tu je.. Dan pergi macam tu jer.Bile dihubungi, tak nak jawab... Entah apa masalah dia tau aku yang ada masalah ngan dia..hahahah...Dengar2 khabarnya, dia dah ade orang yang dia sayangi. Kot ye pun, takkan sampai tinggal sahabat kan... Kekadang sahabat tu lebih rapat dengan kita berbanding kekasih...

Apa2pun, aku doakan korang bahagia la... Dan pesanan aku "Sababat tu boleh diumpamakan sebagai tebing. Sangat membantu... Contoh macam air la... Kalau tak de tebing, sure tak jadi sungai kan. Airnya pasti melimpah tanpa kawalan... Adanya tebing, air tu dapat mengalir dengan baik.... Macam tu la kita, adanya sahabat sedikit sebanyak membantu kita bina kerjaya, menyerap semangat, seterusnya menjadi inspirasi untuk kita terus hidup dengan lebih ceria dan gembira. Walaupun banyak dugaan terpaksa kita lalui.."

*Tapi ade juga sahabat yang rapat semata2 kerana kepentingan. Itu kite sendiri kena nilai ok...

Thursday, September 8, 2011

Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011M -Part 1

Assalamualaikum wbt...

Terlebih dahulu Salam Ramadhan kepada semua. Lama benar tak menaip untuk blog ni. Nama je ade blog tapi jarang sekali dikemaskinikan. So, ni kali pertama aku mencoretkan serba sedikit mengenai ramadhan aku kali ini...

Seperti tahun-tahun yang lepas, aku akan balik ke kampung aku di Daerah Segamat untuk sama-sama menyambut kedatangan bulan mulia Bulan Ramadhan, Terasa sedih dan sayu sangat-sangat hati ni kalau tak dapat sambut kedatangan bulan tu dengan orang yang paling aku sayangi.

Seawal pagi aku dan adik-adik dikejutkan oleh kedua orang tua aku untuk bersahur. Mengingatkan semula nostalgia semasa kecil-kecil dulu. Kami hanya dibesarkan oleh ayah aku berikutan kematian arwah ibu tercint seawal usia aku 8 tahun. Dan baru sekarang ayah aku berkahwin setelah 15 tahun menyandang gelaran keramat 'duda'... heheh... Masa tu, dia lah yang masakkan untuk sahur kami 3 beradik. Bab-bab masak dia memang terer. Sangat indah dan bermakna..

Dan sekarang sejak bertemu dengan si wanita idamannya, hidup kami sekeluarga bertambah ceria dan sempurna. Maklum la sebelum ni semua kelengkapan disediakan sendiri oleh ayah dan diri sendiri. Diberi panggilan umi. Dia lah yang menggalas tanggungjawab menguruskan rumah sekarang. Dah 3 tahun kami menyambut Ramadhan. Semuanya serba serbi dipenuhi... Alhamdulillah.

Waktu berbuka puasa untuk hari pertama pula menjadi satu detik yang sangat2 dinantikan. Berselera kami sekeluarga menjamu juadah berbuka puasa. Ada lauk ikan masak asam pedas, sup ayam kampung, ikan bakar, buah-buahan dan macam-macam lagi. Kebetulan 2 keluarga adik beradik ayah aku turut serta berbuka puasa dirumah kami. Meriah. Sesudah berbuka, masing-masing kekenyangan. Bersandar disisi-sisi dinding rumah. Biasa la duduk di kampung kan.. Sesudah tu masing-masing bersiap mandi untuk solat maghrib kemudian terus ke masjid untuk solat isyak n terawih.. Aku sekadar buat 8 rakaat disertai solat witir jer.. Hehehe...



Friday, August 12, 2011

Ramadhan Al-Mubarak -Part 2 ( Bisnes Kuih Raya )

Alhamdulillah, diam tak diam kita dah jalani 12 hari berpuasa di Bulan Ramadhan.Hari ni merupakan hari ke-13 kita menunaikan ibadat wajib seluruh umat islam. Ini bermakna Insya'allah tinggal 16 hari lagi untuk
kita bertemu Bulan Syawal yang sememangnya dinanti2kan kita semua sebagai kemenangan dalam menjalani segala amal ibadah semasa di Bulan Ramadhan.

Bercerita mengenai Bulan Syawal, kita semua sem
estinya akan melakukan persediaan yang rapi untuk memeriahkan lagi Aidilfitri. Tak kira da dari aspek keperluan perhiasan rumah mahupun pakaian. Tapi antara
banyak keperluan-keperluan tu, kuih raya tetap menjadi perhatian semua terutama golongan wanita. Berikutan tu, boleh dikatakan lambakkan peniaga-peniaga kuih raya menggamatkan lagi suasana menyambut perayaan tu. Tak kira la di mana-mana sekalipun termasuk di pejabat.

Aku pun tak kurang hebatnya, Turut serta dala
m perniagaan kuih raya ni. Tapi secara kecil-kecilanlah. Baru nak belajar berniaga kononnya. Antara kuih2 yang menjadi pilihan hangat buat masa ni ialah :-

Strawbery Tart

Blueberry Tart

Butter Badam

Coklat Badam

Nut Sweet Choc

Cholate Sweet

Choc Coffee Crisps

Biskut Coklat Rice

Yam Cookies

Alhamdulillah memang dapat tempahan yang memberansangkan. Percubaan pertama kali berniaga menjadi. Insya'allah tahun-tahun akan datang boleh la cuba lagi kot. So, kepada sesiapa yang berhajat nak menempah kuih-kuih dan biskut raya boleh la contact saye di Facebook ( Fitri Norsalim ) .

Ramadhan Al-Mubarak -Part 1 ( Puasa Pertama )



Assalamualaikum wbt...

Terlebih dahulu Salam Ramadhan kepada semua. Lama benar tak menaip untuk blog ni. Nama je ade blog tapi jarang sekali dikemaskinikan. So, ni kali pertama aku mencoretkan serba sedikit mengenai ramadhan aku kali ini...

Seperti tahun-tahun yang lepas, aku akan balik ke kampung aku di Daerah Segamat untuk sama-sama menyambut kedatangan bulan mulia Bulan Ramadhan, Terasa sedih dan sayu sangat-sangat hati ni kalau tak dapat sambut kedatangan bulan tu dengan orang yang paling aku sayangi.

Seawal pagi aku dan adik-adik dikejutkan oleh kedua orang tua aku untuk bersahur. Mengingatkan semula nostalgia semasa kecil-kecil dulu. Kami hanya dibesarkan oleh ayah aku berikutan kematian arwah ibu tercint seawal usia aku 8 tahun. Dan baru sekarang ayah aku berkahwin setelah 15 tahun menyandang gelaran keramat 'duda'... heheh... Masa tu, dia lah yang masakkan untuk sahur kami 3 beradik. Bab-bab masak dia memang terer. Sangat indah dan bermakna..

Dan sekarang sejak bertemu dengan si wanita idamannya, hidup kami sekeluarga bertambah ceria dan sempurna. Maklum la sebelum ni semua kelengkapan disediakan sendiri oleh ayah dan diri sendiri. Diberi panggilan umi. Dia lah yang menggalas tanggungjawab menguruskan rumah sekarang. Dah 3 tahun kami menyambut Ramadhan. Semuanya serba serbi dipenuhi... Alhamdulillah.

Waktu berbuka puasa untuk hari pertama pula menjadi satu detik yang sangat2 dinantikan. Berselera kami sekeluarga menjamu juadah berbuka puasa. Ada lauk ikan masak asam pedas, sup ayam kampung, ikan bakar, buah-buahan dan macam-macam lagi. Kebetulan 2 keluarga adik beradik ayah aku turut serta berbuka puasa dirumah kami. Meriah. Sesudah berbuka, masing-masing kekenyangan. Bersandar disisi-sisi dinding rumah. Biasa la duduk di kampung kan.. Sesudah tu masing-masing bersiap mandi untuk solat maghrib kemudian terus ke masjid untuk solat isyak n terawih.. Aku sekadar buat 8 rakaat disertai solat witir jer.. Hehehe...

Monday, March 21, 2011

Pemberian daripada insan tercinta...

Pada Sabtu yang lepas, merupakan hari yang paling gembira bagi aku sebenarnya. Seseorang yang cukup aku sayangi dan cintai telah menghadiahkan aku sesuatu yang sangat kreatif. Semuanya gara-gara aku baru ditukarkan ke tempat kerja yang baru. Betapa excitednya aku melihat pemberian tersebut. Namun mungkin ada sedikit ego apabila aku tidak menunjukkan keterujaan aku terhadap pemberiannya. Apa-apa pun, aku sangat menghargainya..

Tersenyum aku seketika apabila terpandang pemberian ni

Sebuah bekas letak pensil yang telah dihias menjadi sesuatu yang sangat ceria dan cantik. Semestinya dia melakukan dengan seikhlas hatinya. Mungkin aku dapat membayangkan bagaimana wajah ikhlasnya ketika menghias objek berkenaan dengan begitu indah.

Teddy bear yang mengeumuni bekas pensil

Teringat pula aku, ketika aku marah-marah kerana dia keluar agak lewat malam. Katanya ingin membeli sesuatu. Mungkin ini tujuannya. Terima kasih sayang... Pemberian awak ni sangat bermakna. Sesekali terpandang sekumpulan anak-anak bear tu, secara automatik terbit sebuah senyuman diwajah saya. Saya tahu ikhlasnya awak membuat semua tu.. Terima kasih...

so cute...

Monday, February 21, 2011

Minggu Terakhir..

"Huh... Letih betul minggu ni...". kata si xxxx kepada si yyyy.


Itu la antara keluh kesah yang seringkali diunggapkan oleh kami di tempat kerja. Semua ni berikutan pada 1 Mac 2011 ni, hampir 90% kakitangan di bahagian tempat aku bekerja telah dirombak dan akan dipindahkan ke tempat bertugas yang baru. Walaupun lokasi pemindahan tu tidak jauh, namun kerja-kerja akhir sebelum berpindah perlu disiapkan sebelum tarikh tersebut. Bayangkanlah semua rekod-rekod dan laporan perlu disemak semula supaya tidak berlaku pertindihan selepas pertukaran kakitangan dilakukan.

Tugas aku macam biasa lah. Perlu menyiapkan semua laporan bulanan dan memastikan semua laporan tersebut lengkap dan teratur. Apa-apa pun, minggu-minggu akhir ni memang perlu dimanfaatkan untuk selesaikan semua tugasan yang belum disempurnakan.


Tempat baru? Herrmm... Insya'allah bukan satu masalah bagi aku. Lagi pun,boleh dikatakan semua kerja-kerja yang bakal dilaksanakan kelak merupakan tugasan rutin yang pernah aku lakukan. Cuma ada sedikit perbezaan dan cara pelaksanaan.

Harap-harap semua menjadi lebih suksesssss....

Thursday, February 17, 2011

Album Terbaru Ziana Zain - Pawana

Pawana... Fuh!!! Sekali lagi kita dilanda fenomena kak Ziana Zain. Lagu baru ni memang best giler..Kepada sesiapa yang minat Ziana, memang rugi la kalau tak beli album terbaru -Pawana... Ni aku ade selitkan juga lirik lagu tu...


Lirik Lagu Pawana - Ziana Zain

Pawana ku hadir kini
Mendekati batas usang
Ku terasa
salju cinta lalu
Dalam titis-titis hujan

Bagaimana aku harus menghalusi jiwa

Untuk terus hidup dalam nafas suci

Terpaksa aku terbang jauh lagi


Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan

Membalut luka hati

Melindungiku dari resah yang menghujan

Di saat pilu lara itu kasih…
Aku gagahi melangkah
Selag
i dirahmati
Aku mengorak harapan..

Ni pula, antara aksi-aksi hebat diva Ziana Zain ketika beliau persembahkan lagu tu kepada penonton ketika Anugerah Skrin 2010 yang disiarkan di TV3 baru-baru ni.

Korang tau je la kalau Ziana Zain dah naik pentas. Aksi dia yang anggun, suara dia yang lantang tu sure menarik perhatian audien. Mahu gempita satu dewan/stadium.
Lagu apepun yang Ziana Zain bawakan, sure menjadi...