Wednesday, January 26, 2011

Sambutan Hari Wilayah 2011

Majlis Sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011 akan diadakan pada 29 Januari 2011. Majlis tersebut yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 7.30 pagi . Pelbagai acara bakal berlangsung ialah perarakan daripada 92 kontinjen yang mengambil bahagian antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan merupakan acara rasmi tahunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Tahun 2011 merupakan kali ke-6 acara ini disambut secara bersama dengan menggabungkan ketiga-tiga Wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DBKL), Wilayah Persekutuan Putrajaya (Perbadanan Putrajaya) dan Wilayah Persekutuan Labuan (Perbadanan Labuan).

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Antara aktiviti yang dijalankan melalui penganjuran DBKL ialah Pertandingan Kawad Kaki dan Kawad Berirama,Pertandingan Poco-Poco,dan Pertandingan Merwarna. Selain itu, penganjur turut menganjurkan Sukan Tradisional Rakyat, Mari Mencuba "FLIGHT SIMULATOR"., Pertandingan Explorace, Pertandingan Tarik Tali dan Sukan OKU yang akan diadakan di sekitar Dataran Merdeka pada 12 hingga 13 Februari ini.

Perbadanan Putrajaya

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya ialah Karnival ''WOW! PUTRAJAYA" yang bakal berlangsung 11 hingga 13 Februari ini di Presint 2, Putrajaya. Selain itu Perbadanan Putrajaya turut merencana Festa Sukan Rakyat yang berkonsepkan aktiviti berasaskan sukan air dan sukan-sukan lain seperti bola tampar, sepak takraw, bola jaring dan sebagainya. Lain-lain aktiviti yang dianjurkan organisasi berkenaan ialah Pertandingan Memancing, Extreme Game, Majlis Penamatan Perlumbaan Le Tour De Langkawi 2011 dan sebagainya.


Perbadanan Labuan

Manakala program-program yang bakal dianjurkan oleh pihak Perbadanan Labuan ialah Pertandingan Kempen Kibar Bendera sepanjang bulan Februari ini. Selain itu, organisasi berkenaan turut menganjurkan pertandingan-pertandingan sukan seperti Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Futsal Tertutup dan sebagainya.

Lain-lain aktiviti boleh rujuk tentatif Sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011.






No comments:

Post a Comment