Wednesday, February 9, 2011

Kredibiliti Pihak Berkuasa Tempatan ( seperti Majlis Perbandaran, Majlis Daerah atau ...) Dalam Hal Perlantikan Jawatan


Salam Satu Malaysia....
Baru-baru ni aku ada menghadiri beberapa temuduga bagi beberapa jawatan di salah sebuah institusi pihak berkuasa tempatan di negeri Johor Darul Takzim. Belum pun aku menghadiri temuduga tersebut, telah ada suara-suara sumbang yang menyatakan niat dan percubaan aku hanya sia-sia. Ini semua kerana ramai yang menyatakan institusi kerajaan tersebut sekadar memenuhi syarat bagi perlantikan sesuatu jawatan. Tak kira la dimana-mana pun agensi-agensi kerajaan seumpama tu, semua sama. Sedangkan jawatan tersebut telah sedia di isi oleh 'orang dalam' yang sememangnya telah menjadi pilihan institusi berkenaan. Ada juga yang menyatakan agensi-agensi kerajaan seumpama itu hanya akan memilih kalangan ahli keluarga bagi mengisi kekosongan jawata berkenaan.

Andaikata telahan daripada mereka diluar sana benar sama sekali, aku rasa semua ni sangat tak adil. Seharusnya urusan perlantikan jawatan perlu dilaksanakan dengan telus dan berintegriti.

Ye lah, semua calon-calon temuduga sudah pasti bersungguh-sungguh untuk menghadiri temuduga tersebut. Ada yang sanggup mencari maklumat-maklumat serta pengetahuan semasa yang berkaitan dengan institusi serta jawatan yang ditawarkan. Selain tu ada juga yang sanggup datang dari jauh, meredah hujan, semata-mata untuk mencuba nasib bagi merebut jawatan berkenaan. Kalau semua tu sekadar propaganda semata-mata, baik tak payah war-warkan ihlan jawatan kosong. Ambil saja ahli keluarga mereka untuk mengisi kekosongan tersebut.

Tapi aku percaya, setiap organisasi mementingkan integriti dalam menguruskan setiap hal dalam pentadbirannya. Sebab itu la aku tetap dengan pendirian untuk teruskan niat menduduki temuduga tersebut.

Apa-apa pun bagi aku, aku sekadar menimba pengetahuan dan pengalaman dalam menduduki temuduga seumpama itu. Kalau ada rezeki, syukur lah. Kalau tak de, aku anggap itu semua sebagai pelajaran bagia aku.

No comments:

Post a Comment