30 Januari hingga 1 Februari 2011.... Tarikh yang mungkin menjadi kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan. Tragedi banjir yang aku sendiri lalui. Bermulanya apabila aku mengikuti keluarga untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat di sebuah negara yang berdaulat dan makmur ni sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tenang.
Dengan cuaca hujan yang mencurah2 lebatnya, kami menuju ke Felda Chemplak. Tempat dimana aku dan ayah tercinta membuang undi. Selepas selesai menunaikan tanggungjawab tersebut, kami terus menuju ke satu lagu lokasi panas walaupun dalam keadaan hujan iaitu Felda Tenang. Tempat dimana ibu aku menunaikan tanggungjawab membuang undi. Dalam perjalanan tu, awal2 lagi kami perlu meredah banjir yang ketika tu dah mencapai aras lantai kereta. Bayangkanlah kami kena harungi banjir tu lebih 1/2 jam. Saat tu macam2 la ade dalam kepala. Kot2 ade ular besar ke yang muncul tiba2, atau pun kereta kami dibawa arus sungai yang deras... Tup2 kuar surat khabar... Tapi kuasa Allah Maha Penyayang, kami sampai dengan selamat ke tempat dituju.

Masa untuk balik pulak. Dalam kereta tak putus2 berdoa supaya banjir tadi surut. Tapi sayang, rupa2nya banjir tu makin teruk sehingga kenderaan berat pun dilarang melalui kawasan tu.. Terpaksalah aku dan keluarga bermalam di rumah nenek aku di sini. Huh!!! Kat kepala memikirkan macam mana aku nak balik Putrajaya. Hal kerja lagi....Aduhaiii....
Keesokkan harinya, kami bergegas bangun awal, alhamdulillah banjir dah surut. Dapat juga aku bali ke rumah. Sebelum tu kami ke stesen minyak berdekatan. Isi minyak sepenuhnya..huhuhu... senang kalau aper2 nanti... punya la ramai.. kereta berderet2 beratur menunggu giliran mengisi emas hitam tu...huhuhu....

Selepas mengisi minyak, kami terus menuju jalan pulang. Sangkaan dapat balik kerumah meleset sama sekali. Kami tak dapat teruskan niat untuk pulang berikutan tesekat dengan satu lagi banjir di kawasan sungai chemplak. Aduhai, makin kusut kepala aku... Tapi aku berdegil, tetap meredah banjir tu berjalan kaki ditemani ayah tercinta.
Keluarga aku terpaksa la bermalam di rumah datuk sebelah ayah aku di Felda Chemplak sementara menunggu banjir surut. Aku dan 2 orng adik aku je tinggal bermalam dirumah..
Banjir besar ni bukan setakat tu je.. Tapi berterusan sehingga hari ini. Cuma sesetengah laluan saje yang boleh dilalui mulai semalam. Dan esok 07/02/2011 baru la aku dapat balik ke putrajaya. Alhamdulillah...

No comments:
Post a Comment