Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Sahabat yang hilang....

Dahulu kala....(wah! kelaz ayat aku..) aku berkenalan dengan seorang yang cukup baik. Member atas member la kaedahnya... Dengan nama panggilan S (bukan nama sebenar..huhuu..), aku cukup rapat dengan dia. Dia banyak bagi aku semangat dan nasihat disaat2 aku dilanda musibah mahupun dugaan.

Perkenalan kami berlarutan panjang hingga dia dapat menyatukan aku dengan seorang yang cukup aku sayang (M). Perkenalan bersama S juga banyak menzahirkan bibit suka duka antara aku,M dan S. Kekadang tiap2 kali kami berkumpul, ade saje plan nak kemana2....
Air terjun, main bowling, karaoke dan macam2 lagi.... Aku pula suka sangat jalan2 KL time malam2. Si S dan M la yang sering kali tunaikan keinginan aku...Bertuah akuuu....

Tapi... setahun kebelakangan ni S banyak berubah. Persahabatan kami jadi hambar dan tenggelam. S langsung tak berhubung ngan aku n M lagi...Sepi macam tu je.. Dan pergi macam tu jer.Bile dihubungi, tak nak jawab... Entah apa masalah dia tau aku yang ada masalah ngan dia..hahahah...Dengar2 khabarnya, dia dah ade orang yang dia sayangi. Kot ye pun, takkan sampai tinggal sahabat kan... Kekadang sahabat tu lebih rapat dengan kita berbanding kekasih...

Apa2pun, aku doakan korang bahagia la... Dan pesanan aku "Sababat tu boleh diumpamakan sebagai tebing. Sangat membantu... Contoh macam air la... Kalau tak de tebing, sure tak jadi sungai kan. Airnya pasti melimpah tanpa kawalan... Adanya tebing, air tu dapat mengalir dengan baik.... Macam tu la kita, adanya sahabat sedikit sebanyak membantu kita bina kerjaya, menyerap semangat, seterusnya menjadi inspirasi untuk kita terus hidup dengan lebih ceria dan gembira. Walaupun banyak dugaan terpaksa kita lalui.."

*Tapi ade juga sahabat yang rapat semata2 kerana kepentingan. Itu kite sendiri kena nilai ok...

Monday, February 21, 2011

Minggu Terakhir..

"Huh... Letih betul minggu ni...". kata si xxxx kepada si yyyy.


Itu la antara keluh kesah yang seringkali diunggapkan oleh kami di tempat kerja. Semua ni berikutan pada 1 Mac 2011 ni, hampir 90% kakitangan di bahagian tempat aku bekerja telah dirombak dan akan dipindahkan ke tempat bertugas yang baru. Walaupun lokasi pemindahan tu tidak jauh, namun kerja-kerja akhir sebelum berpindah perlu disiapkan sebelum tarikh tersebut. Bayangkanlah semua rekod-rekod dan laporan perlu disemak semula supaya tidak berlaku pertindihan selepas pertukaran kakitangan dilakukan.

Tugas aku macam biasa lah. Perlu menyiapkan semua laporan bulanan dan memastikan semua laporan tersebut lengkap dan teratur. Apa-apa pun, minggu-minggu akhir ni memang perlu dimanfaatkan untuk selesaikan semua tugasan yang belum disempurnakan.


Tempat baru? Herrmm... Insya'allah bukan satu masalah bagi aku. Lagi pun,boleh dikatakan semua kerja-kerja yang bakal dilaksanakan kelak merupakan tugasan rutin yang pernah aku lakukan. Cuma ada sedikit perbezaan dan cara pelaksanaan.

Harap-harap semua menjadi lebih suksesssss....

Wednesday, February 9, 2011

Kredibiliti Pihak Berkuasa Tempatan ( seperti Majlis Perbandaran, Majlis Daerah atau ...) Dalam Hal Perlantikan Jawatan


Salam Satu Malaysia....
Baru-baru ni aku ada menghadiri beberapa temuduga bagi beberapa jawatan di salah sebuah institusi pihak berkuasa tempatan di negeri Johor Darul Takzim. Belum pun aku menghadiri temuduga tersebut, telah ada suara-suara sumbang yang menyatakan niat dan percubaan aku hanya sia-sia. Ini semua kerana ramai yang menyatakan institusi kerajaan tersebut sekadar memenuhi syarat bagi perlantikan sesuatu jawatan. Tak kira la dimana-mana pun agensi-agensi kerajaan seumpama tu, semua sama. Sedangkan jawatan tersebut telah sedia di isi oleh 'orang dalam' yang sememangnya telah menjadi pilihan institusi berkenaan. Ada juga yang menyatakan agensi-agensi kerajaan seumpama itu hanya akan memilih kalangan ahli keluarga bagi mengisi kekosongan jawata berkenaan.

Andaikata telahan daripada mereka diluar sana benar sama sekali, aku rasa semua ni sangat tak adil. Seharusnya urusan perlantikan jawatan perlu dilaksanakan dengan telus dan berintegriti.

Ye lah, semua calon-calon temuduga sudah pasti bersungguh-sungguh untuk menghadiri temuduga tersebut. Ada yang sanggup mencari maklumat-maklumat serta pengetahuan semasa yang berkaitan dengan institusi serta jawatan yang ditawarkan. Selain tu ada juga yang sanggup datang dari jauh, meredah hujan, semata-mata untuk mencuba nasib bagi merebut jawatan berkenaan. Kalau semua tu sekadar propaganda semata-mata, baik tak payah war-warkan ihlan jawatan kosong. Ambil saja ahli keluarga mereka untuk mengisi kekosongan tersebut.

Tapi aku percaya, setiap organisasi mementingkan integriti dalam menguruskan setiap hal dalam pentadbirannya. Sebab itu la aku tetap dengan pendirian untuk teruskan niat menduduki temuduga tersebut.

Apa-apa pun bagi aku, aku sekadar menimba pengetahuan dan pengalaman dalam menduduki temuduga seumpama itu. Kalau ada rezeki, syukur lah. Kalau tak de, aku anggap itu semua sebagai pelajaran bagia aku.

Tuesday, February 8, 2011

Demam + Selsema

Sejak musim banjir lepas, aku asyik la sangat selsema dan panas badan... Kejap demam,kejap baik... Sememangnya perkara paling aku tak gemar ialah demam dan selsema. Sangat merimaskan.

Kalau selsema, sure la berkotak2 tisu kena tersedia didepan mata.


Tujuannya, ape lagi kalau bukan untuk mengesat 'sistem saliran' dalam hidung...heheh.. Asyik kesat je lama2 hidung pun naik merah.. dah jadi badut la pulak.. Pastu keje nak bersin memanjang...Time tu nak wat keje memang la tak selesa.

Kalau demam plak, huhhh... satu keje pun malas nak buat.. badan jadi lemah, keje nak membuta je... Aku plak jenis yang liat nak makan ubat.. Kalau doktor bagi 10 biji, paling2 3biji je aku makan kot...hehehe...

Selebihnya dijadikan stok ujung tahun..heheh...

Tuesday, January 25, 2011

Istilah Cinta...




Cinta....

Apa yang korang fikir tentang cinta? Kasih sayang? Pengorbanan? Atau sekadar memenuhi fitrah manusia semata-mata. Bagi aku, cinta tu sesuatu yang subjektif. Terlalu dalam untuk tafsirkan erti sebuah cinta. Fitrah yang mendorong insan untuk lebih mengenali seseorang. Untuk menyayangi dan menjaga insan yang kita sayang. Tak kiralah dari aspek apa sekalipun samaada kewangan, kehidupan, keperluan atau sebagainya...



Sepanjang hayat ni, aku tak pasti samaada pernah lalui cinta tu atau belum. Cuma yang aku pasti, aku pernah menyayangi seseorang lebih daripada diri aku sendiri. Sentiasa rindu dan ingat tentangnya. Menjaga kepentingannya melebihi kepentingan diri aku sendiri. Sangat peduli setiap apapun berkaitan dirinya. Tak kira la kewangan ke, kerjaya ke, kehidupan dan keluarganya juga. Aku sedia berkongsi kesusahan dan kesenangan bersamanya. Terlalu mengutamakan dia sehingga aku berada diluar pertimbangan diri sendiri. Itukah cinta?

Argh! Tak kira lah. Cinta ke, sayang ke, rindu ke, yang penting aku sentiasa untuk dia...

Tuesday, February 16, 2010

Cuma Insan Biasa...


Assalamualaikum...
Cuma insan biasa.... Bersesuaian dengan kualiti hidup aku yang hanya membawa watak biasa didunia ini. Diberi nama yang indah oleh kedua orang tua aku. Fitri, yang membawa erti semulajadi. Mungkin semulajadi pada perwatakan aku. Dan aku biasanya tak lari daripada sikap dan sifat sebenar.

Seorang yang mempunyai mimik muka yang garang (garang ke...), boleh dikatakan sombong pada awal perkenalan.... Tapi disebalik tu aku sebenarnya seorang yang peramah, suka berbual,manja... ha...itu memang tak lari daripada kenyataan la. Aku suka berkawan, berbual mengenai aper pun, mendengar dan meluahkan masalah... Suka kan suasana yang tenang, romantik... Aku juga suka bergambar... heheh... Aper2 mengenai aku, sememangnya orang yang mengenali aku je yang tahu... Ade yang kate aku ni suka menyakat orang, tak kurang juga suka menyakiti orang.. Entah la.. Yang pasti aku tak kan menyakiti orang tanpa sebab n aku sentiasa menyayangi orang yang baik dengan aku...

Cinta? No komen.. Hanya seorang yang tahu bagaimana aku bile mencintai seseorang itu... hehehe... Aper2 pun, aku selesa ngan cara aku, hidup aku. Pada aku, aku tak sentul hal orang, so mungkin lebih baik orang lain pun menghormati hal seseorang kan...