Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Minggu Terakhir..

"Huh... Letih betul minggu ni...". kata si xxxx kepada si yyyy.


Itu la antara keluh kesah yang seringkali diunggapkan oleh kami di tempat kerja. Semua ni berikutan pada 1 Mac 2011 ni, hampir 90% kakitangan di bahagian tempat aku bekerja telah dirombak dan akan dipindahkan ke tempat bertugas yang baru. Walaupun lokasi pemindahan tu tidak jauh, namun kerja-kerja akhir sebelum berpindah perlu disiapkan sebelum tarikh tersebut. Bayangkanlah semua rekod-rekod dan laporan perlu disemak semula supaya tidak berlaku pertindihan selepas pertukaran kakitangan dilakukan.

Tugas aku macam biasa lah. Perlu menyiapkan semua laporan bulanan dan memastikan semua laporan tersebut lengkap dan teratur. Apa-apa pun, minggu-minggu akhir ni memang perlu dimanfaatkan untuk selesaikan semua tugasan yang belum disempurnakan.


Tempat baru? Herrmm... Insya'allah bukan satu masalah bagi aku. Lagi pun,boleh dikatakan semua kerja-kerja yang bakal dilaksanakan kelak merupakan tugasan rutin yang pernah aku lakukan. Cuma ada sedikit perbezaan dan cara pelaksanaan.

Harap-harap semua menjadi lebih suksesssss....

Sunday, February 6, 2011

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang, Johor


Pada 30hb. Januari lepas, aku berkesempatan menghadirkan diri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di DUN Tenang, Johor. PRK yang dilaksanakan berikutan kematian penyandang ADUN yang lepas iaitu Allahyarham Datuk Sulaiman Bin Tahar berjalan dengan lancar meskipun dalam keadaan hujan yang lebat sehingga menyebabkan banjir besar di daerah berkenaan.

Dalam PRK kali ini memperlihatkan 2 kuasa besar yang cuba memenangi hati pengundi di DUN Tenang iaitu Parti Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Mohd Azhar Ibrahim bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit yang juga merupakan seorang bekas Penolong Pentadbir Tanah di daerah Segamat.



Manakala Parti Islam Semalaysia (PAS) pula diwakili oleh bekas guru iaitu Normala Sudirman


Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat pada riak wajah peraih undi yang datang daripada pelbagai tempat antaranya dari Negeri-negeri pantai timur. Contohnya di kawasan Felda Chemplak yang dibanjiri peraih undi yang kebanyakkannya dari negeri Kelantan. Namun semuanya berlangsung dengan baik tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak dikehendaki.

Peraih Undi Daripada Penyokong BN


Peraih Undi Daripada Penyokong PAS

Kesungguhan calon-calon PRK kali ini dalam berkempenmeskipun dalam keadaan hujan yang lebat telah membuahkan hasil masing-masing dengan kemenangan berpihak kepada BN yang semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat tanpa mengira bangsa. Dengan membawa matlamat 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN yang semakin diyakini rakyat, kejayaan manis itu turut dikongsikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

Semoga kejayaan kerajaan Barisan Nasional memenangi kepercayaan dan keyakinan rakyat di daerah ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ADUN baru ini dalam memakmurkan dan memajukan kawasan tadbirnya.



Wednesday, January 26, 2011

Sambutan Hari Wilayah 2011

Majlis Sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011 akan diadakan pada 29 Januari 2011. Majlis tersebut yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 7.30 pagi . Pelbagai acara bakal berlangsung ialah perarakan daripada 92 kontinjen yang mengambil bahagian antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan merupakan acara rasmi tahunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Tahun 2011 merupakan kali ke-6 acara ini disambut secara bersama dengan menggabungkan ketiga-tiga Wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DBKL), Wilayah Persekutuan Putrajaya (Perbadanan Putrajaya) dan Wilayah Persekutuan Labuan (Perbadanan Labuan).

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Antara aktiviti yang dijalankan melalui penganjuran DBKL ialah Pertandingan Kawad Kaki dan Kawad Berirama,Pertandingan Poco-Poco,dan Pertandingan Merwarna. Selain itu, penganjur turut menganjurkan Sukan Tradisional Rakyat, Mari Mencuba "FLIGHT SIMULATOR"., Pertandingan Explorace, Pertandingan Tarik Tali dan Sukan OKU yang akan diadakan di sekitar Dataran Merdeka pada 12 hingga 13 Februari ini.

Perbadanan Putrajaya

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya ialah Karnival ''WOW! PUTRAJAYA" yang bakal berlangsung 11 hingga 13 Februari ini di Presint 2, Putrajaya. Selain itu Perbadanan Putrajaya turut merencana Festa Sukan Rakyat yang berkonsepkan aktiviti berasaskan sukan air dan sukan-sukan lain seperti bola tampar, sepak takraw, bola jaring dan sebagainya. Lain-lain aktiviti yang dianjurkan organisasi berkenaan ialah Pertandingan Memancing, Extreme Game, Majlis Penamatan Perlumbaan Le Tour De Langkawi 2011 dan sebagainya.


Perbadanan Labuan

Manakala program-program yang bakal dianjurkan oleh pihak Perbadanan Labuan ialah Pertandingan Kempen Kibar Bendera sepanjang bulan Februari ini. Selain itu, organisasi berkenaan turut menganjurkan pertandingan-pertandingan sukan seperti Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Futsal Tertutup dan sebagainya.

Lain-lain aktiviti boleh rujuk tentatif Sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011.