Thursday, September 8, 2011

Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011M -Part 1

Assalamualaikum wbt...

Terlebih dahulu Salam Ramadhan kepada semua. Lama benar tak menaip untuk blog ni. Nama je ade blog tapi jarang sekali dikemaskinikan. So, ni kali pertama aku mencoretkan serba sedikit mengenai ramadhan aku kali ini...

Seperti tahun-tahun yang lepas, aku akan balik ke kampung aku di Daerah Segamat untuk sama-sama menyambut kedatangan bulan mulia Bulan Ramadhan, Terasa sedih dan sayu sangat-sangat hati ni kalau tak dapat sambut kedatangan bulan tu dengan orang yang paling aku sayangi.

Seawal pagi aku dan adik-adik dikejutkan oleh kedua orang tua aku untuk bersahur. Mengingatkan semula nostalgia semasa kecil-kecil dulu. Kami hanya dibesarkan oleh ayah aku berikutan kematian arwah ibu tercint seawal usia aku 8 tahun. Dan baru sekarang ayah aku berkahwin setelah 15 tahun menyandang gelaran keramat 'duda'... heheh... Masa tu, dia lah yang masakkan untuk sahur kami 3 beradik. Bab-bab masak dia memang terer. Sangat indah dan bermakna..

Dan sekarang sejak bertemu dengan si wanita idamannya, hidup kami sekeluarga bertambah ceria dan sempurna. Maklum la sebelum ni semua kelengkapan disediakan sendiri oleh ayah dan diri sendiri. Diberi panggilan umi. Dia lah yang menggalas tanggungjawab menguruskan rumah sekarang. Dah 3 tahun kami menyambut Ramadhan. Semuanya serba serbi dipenuhi... Alhamdulillah.

Waktu berbuka puasa untuk hari pertama pula menjadi satu detik yang sangat2 dinantikan. Berselera kami sekeluarga menjamu juadah berbuka puasa. Ada lauk ikan masak asam pedas, sup ayam kampung, ikan bakar, buah-buahan dan macam-macam lagi. Kebetulan 2 keluarga adik beradik ayah aku turut serta berbuka puasa dirumah kami. Meriah. Sesudah berbuka, masing-masing kekenyangan. Bersandar disisi-sisi dinding rumah. Biasa la duduk di kampung kan.. Sesudah tu masing-masing bersiap mandi untuk solat maghrib kemudian terus ke masjid untuk solat isyak n terawih.. Aku sekadar buat 8 rakaat disertai solat witir jer.. Hehehe...



No comments:

Post a Comment