Sunday, February 6, 2011

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang, Johor


Pada 30hb. Januari lepas, aku berkesempatan menghadirkan diri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di DUN Tenang, Johor. PRK yang dilaksanakan berikutan kematian penyandang ADUN yang lepas iaitu Allahyarham Datuk Sulaiman Bin Tahar berjalan dengan lancar meskipun dalam keadaan hujan yang lebat sehingga menyebabkan banjir besar di daerah berkenaan.

Dalam PRK kali ini memperlihatkan 2 kuasa besar yang cuba memenangi hati pengundi di DUN Tenang iaitu Parti Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Mohd Azhar Ibrahim bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit yang juga merupakan seorang bekas Penolong Pentadbir Tanah di daerah Segamat.



Manakala Parti Islam Semalaysia (PAS) pula diwakili oleh bekas guru iaitu Normala Sudirman


Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat pada riak wajah peraih undi yang datang daripada pelbagai tempat antaranya dari Negeri-negeri pantai timur. Contohnya di kawasan Felda Chemplak yang dibanjiri peraih undi yang kebanyakkannya dari negeri Kelantan. Namun semuanya berlangsung dengan baik tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak dikehendaki.

Peraih Undi Daripada Penyokong BN


Peraih Undi Daripada Penyokong PAS

Kesungguhan calon-calon PRK kali ini dalam berkempenmeskipun dalam keadaan hujan yang lebat telah membuahkan hasil masing-masing dengan kemenangan berpihak kepada BN yang semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat tanpa mengira bangsa. Dengan membawa matlamat 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN yang semakin diyakini rakyat, kejayaan manis itu turut dikongsikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

Semoga kejayaan kerajaan Barisan Nasional memenangi kepercayaan dan keyakinan rakyat di daerah ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ADUN baru ini dalam memakmurkan dan memajukan kawasan tadbirnya.



No comments:

Post a Comment