Friday, August 12, 2011

Ramadhan Al-Mubarak -Part 2 ( Bisnes Kuih Raya )

Alhamdulillah, diam tak diam kita dah jalani 12 hari berpuasa di Bulan Ramadhan.Hari ni merupakan hari ke-13 kita menunaikan ibadat wajib seluruh umat islam. Ini bermakna Insya'allah tinggal 16 hari lagi untuk
kita bertemu Bulan Syawal yang sememangnya dinanti2kan kita semua sebagai kemenangan dalam menjalani segala amal ibadah semasa di Bulan Ramadhan.

Bercerita mengenai Bulan Syawal, kita semua sem
estinya akan melakukan persediaan yang rapi untuk memeriahkan lagi Aidilfitri. Tak kira da dari aspek keperluan perhiasan rumah mahupun pakaian. Tapi antara
banyak keperluan-keperluan tu, kuih raya tetap menjadi perhatian semua terutama golongan wanita. Berikutan tu, boleh dikatakan lambakkan peniaga-peniaga kuih raya menggamatkan lagi suasana menyambut perayaan tu. Tak kira la di mana-mana sekalipun termasuk di pejabat.

Aku pun tak kurang hebatnya, Turut serta dala
m perniagaan kuih raya ni. Tapi secara kecil-kecilanlah. Baru nak belajar berniaga kononnya. Antara kuih2 yang menjadi pilihan hangat buat masa ni ialah :-

Strawbery Tart

Blueberry Tart

Butter Badam

Coklat Badam

Nut Sweet Choc

Cholate Sweet

Choc Coffee Crisps

Biskut Coklat Rice

Yam Cookies

Alhamdulillah memang dapat tempahan yang memberansangkan. Percubaan pertama kali berniaga menjadi. Insya'allah tahun-tahun akan datang boleh la cuba lagi kot. So, kepada sesiapa yang berhajat nak menempah kuih-kuih dan biskut raya boleh la contact saye di Facebook ( Fitri Norsalim ) .

Ramadhan Al-Mubarak -Part 1 ( Puasa Pertama )



Assalamualaikum wbt...

Terlebih dahulu Salam Ramadhan kepada semua. Lama benar tak menaip untuk blog ni. Nama je ade blog tapi jarang sekali dikemaskinikan. So, ni kali pertama aku mencoretkan serba sedikit mengenai ramadhan aku kali ini...

Seperti tahun-tahun yang lepas, aku akan balik ke kampung aku di Daerah Segamat untuk sama-sama menyambut kedatangan bulan mulia Bulan Ramadhan, Terasa sedih dan sayu sangat-sangat hati ni kalau tak dapat sambut kedatangan bulan tu dengan orang yang paling aku sayangi.

Seawal pagi aku dan adik-adik dikejutkan oleh kedua orang tua aku untuk bersahur. Mengingatkan semula nostalgia semasa kecil-kecil dulu. Kami hanya dibesarkan oleh ayah aku berikutan kematian arwah ibu tercint seawal usia aku 8 tahun. Dan baru sekarang ayah aku berkahwin setelah 15 tahun menyandang gelaran keramat 'duda'... heheh... Masa tu, dia lah yang masakkan untuk sahur kami 3 beradik. Bab-bab masak dia memang terer. Sangat indah dan bermakna..

Dan sekarang sejak bertemu dengan si wanita idamannya, hidup kami sekeluarga bertambah ceria dan sempurna. Maklum la sebelum ni semua kelengkapan disediakan sendiri oleh ayah dan diri sendiri. Diberi panggilan umi. Dia lah yang menggalas tanggungjawab menguruskan rumah sekarang. Dah 3 tahun kami menyambut Ramadhan. Semuanya serba serbi dipenuhi... Alhamdulillah.

Waktu berbuka puasa untuk hari pertama pula menjadi satu detik yang sangat2 dinantikan. Berselera kami sekeluarga menjamu juadah berbuka puasa. Ada lauk ikan masak asam pedas, sup ayam kampung, ikan bakar, buah-buahan dan macam-macam lagi. Kebetulan 2 keluarga adik beradik ayah aku turut serta berbuka puasa dirumah kami. Meriah. Sesudah berbuka, masing-masing kekenyangan. Bersandar disisi-sisi dinding rumah. Biasa la duduk di kampung kan.. Sesudah tu masing-masing bersiap mandi untuk solat maghrib kemudian terus ke masjid untuk solat isyak n terawih.. Aku sekadar buat 8 rakaat disertai solat witir jer.. Hehehe...